Kemalangan Cameron - Simpang Pulai


Hari ini 20.12.2010 kemalangan bas yang berlaku di KM15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, disifatkan yang paling dahsyat dalam sejarah negara, dimana mengorbankan 28 nyawa. Kebanyakkan penumpang yang menaiki bas pesiaran ini merupakan pelancong yang datang dari Thailand.


Kemalangan yang berlaku pada 11.10 pagi tadi .. menyebabkan 22 orang mati ditempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Bas dua tingkat, milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, dikatakan membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Ketika kejadian .. bas yang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur .. dipercayai untuk menghantar pelancong yang akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok. Ketika dilokasi .. pemandu bas dikatakan hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang. Identiti dan jantina mangsa yang terbunuh masih belum dapat dikenal pasti.

Berikut adalah senarai nama mangsa kemalangan bas di Simpang Pulai

  1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia
  2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia)
  3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki)
  4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan)
  5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan)
  6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki)
  7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki)
  8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan)
  9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki)
  10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan)
  11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan)
  12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan)
  13. Chutima Throukool, 25, (perempuan)
  14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki)
  15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan)
  16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki)
  17. Ekachai Na Bangxang, 64, (perempuan)
  18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan)
  19. Rung Da (perempuan)
  20. Darunee Songserm (perempuan)
  21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan)
  22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan)
  23. Malinan Mekmahaprom, 53, (perempuan)
  24. Achara Wiwat, 36, (perempuan)

kundangcrew: Memang dahsyat ..!!!
Posted on 4:21 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

musim mengawan

Jangan fikir bukan-bukan,
Macam seorang sahabat bersuara,
"Don't notty-notty",
Eh,bukan yang itu,
juga bukan di minda kalian.

Terkadang memikirkan,
ucapan,tulisan,karangan,
para ustaz-ustazah,
memberi nasihat-teguran,

“Mahalnya sebuah perkahwinan adalah pada qurratu a’yun iaitu hadirnya pasangan dan anak-anak yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan. Ketenangan ini yang paling mahal. Sebab itu dikatakan "rumahku syurgaku", kata perunding motivasi Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz.

Pasangan dan anak-anak,
permata keluarga,
tidak dapat dibandingkan dengan emas kilauan,
suapan makanan ke mulut,
pelukan,ciuman pipi,
tenangkan jiwa,tabahkan hati,
itulah nikmat yang disediakan,
pada jalan yang HALAL.

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang memiliki agama, nescaya sejahteralah hidupnya”

Agama sebagai pendinding,
yang membawa kalian semua,
kepada yang Haq,
tempat ini,tempat singgahan,
untuk menuju tempat abadi.

“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amal kebaikan kecuali; mereka yang meninggalakn ilmu bermanfaat, sedekah (kebajikan) jariah, dan anak soleh yang mendoakan akannya”
(Hadith Riwayat Muslim).

nota kaki : kepada kalian yang akan melangsungkan majlis,Selamat pengantin Baru
Posted on 4:18 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

lelaki ucap maaf dapat buat jantung wanita sihat


Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih.

Posted on 11:47 PM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Tokoh Ma'al Hijrah 1432H / 2010




Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1432H / 2010 telah di umumkan milik Tan Sri Dr.Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara pada suatu majlis sambutan ma'al hijrah di Pusat Konvesyen Antarabangsa, Putrajaya pagi tadi.

Kehidupan Awal

Beliau dilahirkan Johor Bharu, Johor, di dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, PJ. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.


Tokoh Ma'al Hijrah
peringkat kebangsaan

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.

Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 hingga 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004

Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia

Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.



Bagi sambutan peringkat negeri Selangor, Dato' Dr. Harun Din telah di pilih oleh sebagai Tokoh Ma'al Hijrah 1432H peringkat negeri. Sememangnya pemilihan Dr.Harun Din tidak dapat di pertikaikan oleh sesiapapun memandangkan jasa2 beliau dalam menyumbangkan dakwah kepada umat islam di negara ini khasnya.

Pendidikan
  • Kolej Islam Malaya (1962-1965) - Sijil Tertinggi Kolej
  • Diploma Pendidikan Al-Azhar, Kaherah (1966-1968). Syariah dari Ain-Shams, Universiti Kaherah (1972-1974) - Ph.D Syariah
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganugerahkan beliau Profesor pada tahun 1986. Beliau telah menulis banyak buku antaranya ialah, manusia dan Islam, Falsafah Pendidikan Islam, Obor Islam, Tasawur Islam, Hudud dalam Perundangan Islam dan banyak lagi.

Prof. Dato' Dr. Harun Din

Kerjaya
  • Pensyarah
  • Profesor
  • Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
  • Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
  • Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
  • Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
  • Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
  • Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
  • Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
  • Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting
sumber: wikipedia & blog makbudak
Posted on 3:49 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »